Dulu bila tengok orang buat jualan ditepi jalan dan juga kedai2, mereka jual produk dengan letak jenama mereka sendiri. Aku terfikir boleh jual ker produk jenama mereka tersebut. Boleh ker nak lawan jenama besar dipasaran seperti NIKE, Adidas, Adabi , KFC, MCD dan sebagainya. Bila aku perhatikan, rupanya telahan aku salah ! Jenama adalah satu perkara yang aku suka sangat nak 'explore'. Aku cukup teruja akan keyakinan para usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka dengan hanya menggunakan jenama mereka sahaja. Ini seperti jenama Khairul Aming, Saukass, dan pelbagai jenis butik2 yang ada di pasaran negara kita itu. Aku pun fikir kenapa tidak letak sahaja jenama aku pada produk yang aku hasilkan ini? Orang cina hanya letak nama mereka sahaja pada tandanama perniagaan sehingga menjadi besar nama tersebut seperti YTL yang merangkumi banyak perniagaan dinegara kita ini. Jenama sudah ada, tapi produk apa yang perlu aku mulakan? Setelah selidik itu dan ini, maka aku fikir aku kena mulakan dengan produk makanan dahulu. Kerana apa? Kerana aku fikir makanan agak luas pasarannya dan mungkin mudah untuk di sebarkan jika kena pada caranya. Tanpa berlengah lagi aku pun 'tight up' dengan sebuah SME production untuk hasilkan satu jenis makanan yang menjadi siulan rakyat Malaysia iaitu SAMBAL IKAN BILIS.
Maka journey aku pun bermula. Barang dah ada, jenama dah siap , tapi macamana pulak aku nak jual produk aku ini. Segan pun ada semangat pun ada. Macamana aku nak memulakan jualan sambal aku ini ? Hati mula ragu2 adakah aku perlu jual di platform online mahupun jual 'face to face' kepada kawan2?
Kisah seterusnya ? Aku akan sambung dalam posting yang akan datang insyaAllah..... Nak rasa sepeket Sambal Ikan bilis modayu ni? KLIK DISINI yea.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |