Alhamdulillah Hari ni sahabat aku semasa sekolah dahulu mohon untuk membeli 50pack sambal ikan bilis rangup aku untuk projek beliau bersama dengan pihak maybank Berhad. Ini adalah projek kedua beliau dalam melatih para usahawan-usahawan B40 dengan pakej yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Antara program yang di asuh dalam siri latihan keusahawanan ini adalah para peserta wajib membuat jualan mereka sendiri dengan menggunakan produk2 yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu sahabat aku itu. Ada beberapa produk usahawan kecil yang dibawa masuk untuk tujuan latihan dan bimbingan para peserta.
Seronok melihat gambar2 yang dikongsikan oleh sahabat ku itu. Ada para peserta yang sanggup ketuk pintu bilik hotel untuk menjual produk2 aku itu dan yang bagusnya mereka dapat jual tanpa sebarang masalah. Memang fighter yang hebat mereka ini dan mempunyai bakat terpendam yang perlu diasah tajam-tajam.
Aku sebagai produk owner sambal ikan bilis rangup ini rasa terharu dengan sikap positif mereka dan keyakinan mereka dalam mengubah nasib mereka dari biasa kepada luar biasa. Bukan mudah untuk berjaya dalam bisnes tapi ianya tidak mustahil untuk berjaya. Semoga mereka semua dilimpahi kekuatan dan keazaman dalam menuju kejayaan. Nak rasa sepeket ? Dapatkan satu DISINI HARI INI
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |